Wednesday, April 8, 2009

Jiwa yang Resah


Bismillah..Assalamualaikum..

Pernah waktu sebegini pada suatu masa dahulu,saya sering tak dapat nak lelapkan mata pada waktu malam..Seakan-akan diburu dosa-dosa dan rasa bersalah yang amat sangat..Jiwa saya sentiasa resah setiap masa.Juga sering rasa keseorangan walaupun ahli keluarga semua berada di sekeliling..Kiri,kanan,depan dan belakang saya,saya pandang,ada keluarga saya..Tapi tetap juga diri ini rasa keseorangan..

Akhirnya pada suatu hari tu,saya pergi jumpa dengan kedua ibu bapa saya..Saya cerita kat mereka berkenaan jiwa saya yang sentiasa resah ni.Kadangkala tu,takut rasanya kehilangan dua orang insan yang amat saya kasihi itu.Macam-macam yang mengganggu fikiran..Haih..Tetapi alhamdulillah,mak dan abah dapat tenangkan jiwa saya yang resah ini dan secara tak langsungnya saya lebih mendapat perhatian daripada adik-beradik yang lain..Tapi ketenangan jiwa ini sekali lagi rasanya ingin meronta-ronta..

Akhirnya,saya pergi cerita kat cikgu yang agak rapat dengan saya.Cikgu tu baik,alhamdulillah.Banyak bagi nasihat.Cikgu sedia mendengar apabila saya nak meluahkan masalah jiwa saya.Hari demi hari berlalu..Keadaan jiwa kembali seperti sediakala.Iaitu sentiasa diburu rasa bersalah.Malah jiwa ini rasanya semakin kekosongan.Saya semakin jadi paling 'pendiam' diantara semuanya (seperti yang saya rasakan) dan 'perubahan' pada diri ini diketahui oleh sahabat-sahabat yang lain..

Dan selepas itu,saya menceritakan juga masalah yang saya hadapi kepada sahabat baik saya.Mula-mula,dia dapat tenangkan saya dengan berbagai-bagai nasihat seperti yang dilakukan oleh cikgu saya.Di situ saya merasakan sedikit bahagia dan tanpa saya sedari 'resah dan gelisah' yang selalu melanda jiwa ini semakin parah.Saya jadi seperti tak tentu arah.Mahu saja rasanya saya menjerit sekuat hati di suatu tempat yang luas bagai tiada penghujungnya untuk melepaskan bebanan dijiwa.Ya..itu yang saya fikirkan..

Pada suatu malam..Ketika saya ingin 'mematikan' diri,diri ini semakin tidak keruan.Ketakutan yang amat sangat hanya Allah yang tahu!Saya bangun dan berjalan mundar-mandir ke sana ke mari.Sudah pasti jika mak melihat keadaan saya macam tu,semua orang dalam rumah pasti takkan dapat tidur..Dalam berjalan mundar-mandir,tiba-tiba telinga saya dapat menangkap sayup-sayup kedengaran azan dilaungkan."Allahuakbar..Allahuakbar.."Sedangkan waktu itu adalah pada tengah malam,mana mungkin Bilal dekat masjid azan pada waktu begini,subuh pun belum masuk lagi.

Tiba-tiba..Diri ini bagai ditempelak! Allah...!Allah...!Allah...!Ya... Allah!!!!Saya terduduk di tepi katil dan menangis semahu-mahunya tanpa didengari oleh ahli keluarga yang lain.Allahuakbar!!!Sebenarnya,Dialah yang saya cari dalam keresahan jiwa ini..Subhanallah!Sebenarnya Allah sedang memanggil dan menanti diri ini untuk mengadu padaNya..Astaghfirullahal'azim!Barangkali keegoan diri ini kepada Dia yang membuatkan jiwa ini sering dilanda kegelisahan yang amat..

Pada malam itu juga saya membentangkan sejadah untuk 'berduaan' denganNya..Saya menangis semahu-mahunya.Mahu saja rasanya diri ini pengsan dan rebah..tetapi Allah tidak mengizinkan itu berlaku.Ya,pada malam itu..Jiwa ini terasa tenang yang amat,boleh diibaratkan 'bagai air yang mengalir tenang..Di atas sejadah itu juga aku terlelap,lena buat pertama kalinya semenjak diri ini dilanda keresahan yang tiada sudah..

Hanya kepada Allah sahajalah kita kembali.....

(saya harap diri ini sentiasa dilanda keresahan dan ketakutan untuk mendapatkan kasih dan rahmatNya)

Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..lagi Maha Mengetahui akan setiap sesuatu..

Wallahu'alam..wa wassalamu'alaikum.. =)

0 comments:

Post a Comment

 

ڤرجالنن هيدوڤ سأورڠ همبا Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template