Tuesday, April 7, 2009

Sahabatku,jalan ini bukan mudah..


Bismillah..Assalamu'alaikum..

Mata saya tidak dapat dipejamkan.Akhirnya saya bangun menghadap laptop yang berada di atas meja belajar.Entah apa yang membuatkan saya untuk 'meronda' pendrive ini,akhirnya terjumpa artikel yang berkisarkan untuk seorang sahabat.Agaknya artikel ni saya dapat dari ILuvislam kot (sebab saya main copy paste je)..Membacanya,membuatkan saya terkenang kawan-kawan yang seagama tetapi tidaklah sealiran.Sedih dan sedih rasanya.Namun apakan daya,selagi kita tidak merubah diri sendiri,maka jangan haraplah akan ada perubahan yang menjelma.

Sahabatku, Jalan ini Bukan Mudah. Aku Bersamamu.

Sahabat..

Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.

Sahabatku yang sangat aku cintai..

Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.

Sahabat..

Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar.Kerna apa?Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung?Kerna apa?Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.

Sahabat...

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau,biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in.Aku yakin,kerna kau sahabatku.

Sahabatku yang dikasihi..

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini.Akan ku bersamamu melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersamamu. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Indahnya ukhwah dan perhubungan yang wujud jika semuanya kerna DIA dan sentiasa berada di jalan-Nya..

Allahumma,temukan daku dengan seorang sahabat
yang selalu mengingatkanku kepadaMu..
Amiin..

0 comments:

Post a Comment

 

ڤرجالنن هيدوڤ سأورڠ همبا Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template